Quantcast
Channel: Home Stay Panorama Sg Kelantan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 29

Buah Petai

$
0
0

Sekarang ni buah petai banyak terdapat di Kelantan. Petai tempatan pun ada, petai siam pun ada juga, jadi harganya banyak murah. RM2.00 6 keping di Pasir Mas.

Pasir Mas merupakan Pekan ke 2 terdekat dengan Pekan Golok, Pekan Munduk, Thailand, jadi barang-barang pun murah kadang-kadang lebih murah dari Rantau Panjang.

sekarang ni bulan puasa banyak resipi yang boleh dimasak dengan buah petai ni. Goreng boleh,

Buat sambal ikan bilis boleh dan macam-macam lah ikut selera masing-masing. Tuan puan lebih arif dalam memasak ni.

Kalau tak nak di masak boleh dibuat ulam saja cicah dengan budu atau sambal tempoyak.
ok ya petai di Sabah buahnya/bijinya menegak tidak seperti kita melintang rasanya lebih power lagi, kalau kita tidak biasanya kurang sikitlah rasanya. Seperti orang Indo hisab rokok Gudang garam mereka keras. hehehe

Buah petai kalau terlampau banyak boleh dijeruk supaya boleh tahan lama mungkin sampai setahun atau lebih.

Petai kecil atau Petai Belalang ni boleh dimakan begitu saja, sedap masa kecil-kecil dulu mana ada makanan macam budak sekarang ni. Ia juga sebagai ubat untuk orang pengidap kencing manis dan darah tinggi. tetapi tidak begitu sesuai untuk orang yang mengidap batu karang kata bomoh.Kalau nak ke Pasir Mas dari Homestay Panorama Sg Kelantan dalam 18 km sahaja ikut lebuh raya dalam 20 minit boleh sampai.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 29